Selama ini aku hanya mendengar cerita yang teman serumah sering bercerita tentang "abang botak" di rumah sewa aku ini.Aku tak ambil port sangat.Ye la.Mana tau kot-kot dia cuma mahu menakutkan aku sahaja.Sehinggalah pada satu malam.Aku sering tidur lewat malam.Aku melayari laman web yang aku suka.Tetiba aku terasa ingin membuang air kecil.Salah seorang teman serumah aku dahpun tertidur di atas sofa di ruang tamu.Dia kalau tidur,memang tak akan tersedar kecuali kena hempap dengan batu atau kena curah air panas kot.Aku pun bangun dan menuju ke bilik air.Lepas buang hajat,aku keluar seperti biasa.Aku perasan yang kipas angin di ruang tamu aku tertutup.Setahu aku,masa aku ke bilik air ianya elok terpasang.Aku melihat housemate aku yang tidur di atas sofa.Tiada pula tanda-tanda yang dia bangun dan tutup suis kipas tersebut.Aku terasa lain macam.Aku bersangka baik.Mungkin teman serumah aku bangun sekejap dan tutup sebab dia sejuk.Aku buka semula dan perlahankannya ke nombor 3.Aku pun mulakan minat aku seperti biasa.Pagi besok aku bertanyakan kepada teman serumah aku adakah dia yang tutup suis kipas tersebut?Jawapannya....TIDAK.Sah ada "benda" lain yang tolong tutupkan.Mungkin ianya ingin kurangkan bil elektrik di rumah kami ini.Persoalan aku..Siapakah dia yang begitu baik hati itu?Jangan aku diketemukan dengannya.Serammmmm....!!!!!!
No comments:
Post a Comment