Google+ Followers

Saturday, August 6, 2011

Cerita sebelum puasa dan cerita di bulan puasa....


Cerita sebelum puasa ( 31 Julai 2011 ).

Tarikh ini patutnya aku kat Parkson Pavilion.Aku ada gatal-gatal tangan la dok menghantar emel RSVP utk join Fashion Hunt.Tapi disebabkan aku lambat bersiap a.k.a lambat bangun tidur,maka terlepas la peluang aku untuk menyertainya.Tapi...aku takut je ramai yang join tu kaum-kaum wanita.Sebab aku ada terbaca task dia...hmmm...mcm utk org pompuan buat je...Takpe la...Takde rezeki aku nak join untuk kali nih...Maybe next time.Hadiah dia best la jugak...

Sebelah petangnya pula,aku dan roomate aku join Men's Health Nite Run kat Putrajaya.Aku rasalah kan...aku la org yg pertama sampai ke sana.Excited nak join katanya...Dah lama tak berlari manja-manja nih.Hmmmm...kitaorg cuma join utk Fun Run je...errkkkk...jangan gelak ya....Berlari cuma 5 km sahaja.Bangga aku tau...Habis jugak aku berlari sehingga ke garisan yang terakhir.Yang bestnya...goodies beg dia mmmng meriah...Kitaorg dpt 4 goodies beg.Satu lagi kitaorg menang contest dr Fly FM.



P/S : Seronok tengok macam2 karenah dan fesyen yang dtg...Ramai kaum Cina yang join ya...India paling sikit...

No comments:

Post a Comment