Tuesday, March 10, 2009

Mandi Time...

SPA time....free of charge...

Look at the sky...so far far away huh !!!

ANTM Cycle 25 - coming soon !!! Tyra Banks better watch out !!! :P

Jacuzzi time...best friend forever...

Yummy....

Chilled out at Kemensah...

ASTRO KIRANA SHORT FILM AWARDS @ KLCC



me and my friend at astro kirana short film awards....

Garnier Hamper @ bubbleebizz


antara hadiah yg diterima dalam bulan mac 2009...yg penting bkn nama aku yg menang...tumpang glamer je lebih....nak tau ke sape yg menang semua nih?of course la my proxy...best kan?

Monday, March 9, 2009

Monday Blues...

hmmmm....sabtu aku pegi JB.Ahad dah sampai KL blk.penat kan?Isnin lak pi Kemensah.Pi mandi2 kat sana.Ntah..aku lupa lak nama tempat tu...agak ok la jgk tempatnya....ada kolam air suam lg.harosssss la..kulit aku terlebih cantik la pasni...perasan kan?seblom pegi tu,aku sempat la buat sandwich rekaan sendiri...intinya aku blender.bole ke?pernah ke org buat mcm tu?rasanya???erk....tak sedap sgt jika nak dibandingkan yg biasa kita mkn.sudahnya...sandwich tu tidak habis di makan.kesian aku kan?penat buat semlm....tak pe la...blaja drpd kesilapan.next time jgn buat lg...tak gitu?amboi..amboi...amboi.............( * pinjam drpd azwan ali )

Contest Addicted

salam semua...
rasanya dah lama sgt tak menulis...tak de idea sebenarnya...bz?no lar....tak bz pon..kdng2 je buat2 bz....minggu lepas,aku seronok betul berbual2 dgn budak2 yg gila ngan contest2 nih...mcm2 depa semua menang...jeles la jgk kat hati aku nih...tp aku pon dah bnyk kali gak menang...nih pon ada senarai menanti untuk dipungut pd 12hb nih....bnyk la jgk....tambah tolak..adalah dekat RM 1915 jgk nilainya...bole la kan?ada 5 item semuanya iaitu jam tangan wanita brand Citizen bernilai RM 600,produk kecantikan Guerlain ( RM 660 ),produk Schwarzkopf ( Rm 200 ),hamper produk Adidas ( RM 204 ) dan EDT Dunhill London ( RM 251 )....bila dah menang nih,kdng2 penat sgt2..penat menanti sebenarnya...ni blom lg kira yg dah menang tp tak dpt2 smpi sekarang...tunggu jgk...kdng2 tu cam dah malas nak masuk contest lg bila pikirkan lambatnya hadiah bakal diterima.sesungguhnya...sabar itu sungguh manis apabila kita akan menerima jua apa yg patut kita terima.sekian.....

* tetiba blank...

Sunday, February 1, 2009

Makhluk Misteri Di Rumah Sewa

Selama ini aku hanya mendengar cerita yang teman serumah sering bercerita tentang "abang botak" di rumah sewa aku ini.Aku tak ambil port sangat.Ye la.Mana tau kot-kot dia cuma mahu menakutkan aku sahaja.Sehinggalah pada satu malam.Aku sering tidur lewat malam.Aku melayari laman web yang aku suka.Tetiba aku terasa ingin membuang air kecil.Salah seorang teman serumah aku dahpun tertidur di atas sofa di ruang tamu.Dia kalau tidur,memang tak akan tersedar kecuali kena hempap dengan batu atau kena curah air panas kot.Aku pun bangun dan menuju ke bilik air.Lepas buang hajat,aku keluar seperti biasa.Aku perasan yang kipas angin di ruang tamu aku tertutup.Setahu aku,masa aku ke bilik air ianya elok terpasang.Aku melihat housemate aku yang tidur di atas sofa.Tiada pula tanda-tanda yang dia bangun dan tutup suis kipas tersebut.Aku terasa lain macam.Aku bersangka baik.Mungkin teman serumah aku bangun sekejap dan tutup sebab dia sejuk.Aku buka semula dan perlahankannya ke nombor 3.Aku pun mulakan minat aku seperti biasa.Pagi besok aku bertanyakan kepada teman serumah aku adakah dia yang tutup suis kipas tersebut?Jawapannya....TIDAK.Sah ada "benda" lain yang tolong tutupkan.Mungkin ianya ingin kurangkan bil elektrik di rumah kami ini.Persoalan aku..Siapakah dia yang begitu baik hati itu?Jangan aku diketemukan dengannya.Serammmmm....!!!!!!

@ BabyIbu Giveaway: Win Gin & Jacqie Baby Bag!

Bersua kembali...hari Ahad adalah hari yang agak membosankan pada aku.Sesetengah orang merasakan hari Ahad adalah hari yang paling menyeronokkan.Apapun kita masih lagi tenang dan aman berada di bumi Malaysia yang bertuah ini.Aku plan nak keluar ke Border's sekejap untuk habiskan masa hujung minggu ni.Teringin melawat Berjaya Times Square.Lagipun,aku memang hantu majalah dan buku.

Nak pendekkan cerita.Aku sering melawati satu laman web yang memahami minat aku ini.Laman webnya ialah www.emenang.com.Kat sini banyak informasi tentang peraduan yang menarik dan mudah untuk disertai.Kat sini juga anda boleh berkenalan dengan dengan para peminat peraduan macam aku.Aku tertarik dengan satu peraduan ni iaitu :

@ BabyIbu Giveaway: Win Gin & Jacqie Baby Bag!

Peraduan ni agak menarik perhatian aku.Hadiahnya pun boleh tahan.Aku pasti ramai kaum wanita yang berminat untuk menyertainya.Kalau nak tau,try la check laman web emenang.com.Cuba la nasib korang-korang semua.Mana tau dapat beg yang gempak tu.Aku tumpang gembira je kalau korang menang.Tapi aku pun try masuk jugak.Mana tau rezeki aku pun ada kat situ.Aku hanya nak beg Emily & Emma baby bag - green yang harganya RM 189 tu je.Yang mahal-mahal aku tak minat sangat.Try tau....