Sunday, February 1, 2009

Makhluk Misteri Di Rumah Sewa

Selama ini aku hanya mendengar cerita yang teman serumah sering bercerita tentang "abang botak" di rumah sewa aku ini.Aku tak ambil port sangat.Ye la.Mana tau kot-kot dia cuma mahu menakutkan aku sahaja.Sehinggalah pada satu malam.Aku sering tidur lewat malam.Aku melayari laman web yang aku suka.Tetiba aku terasa ingin membuang air kecil.Salah seorang teman serumah aku dahpun tertidur di atas sofa di ruang tamu.Dia kalau tidur,memang tak akan tersedar kecuali kena hempap dengan batu atau kena curah air panas kot.Aku pun bangun dan menuju ke bilik air.Lepas buang hajat,aku keluar seperti biasa.Aku perasan yang kipas angin di ruang tamu aku tertutup.Setahu aku,masa aku ke bilik air ianya elok terpasang.Aku melihat housemate aku yang tidur di atas sofa.Tiada pula tanda-tanda yang dia bangun dan tutup suis kipas tersebut.Aku terasa lain macam.Aku bersangka baik.Mungkin teman serumah aku bangun sekejap dan tutup sebab dia sejuk.Aku buka semula dan perlahankannya ke nombor 3.Aku pun mulakan minat aku seperti biasa.Pagi besok aku bertanyakan kepada teman serumah aku adakah dia yang tutup suis kipas tersebut?Jawapannya....TIDAK.Sah ada "benda" lain yang tolong tutupkan.Mungkin ianya ingin kurangkan bil elektrik di rumah kami ini.Persoalan aku..Siapakah dia yang begitu baik hati itu?Jangan aku diketemukan dengannya.Serammmmm....!!!!!!

@ BabyIbu Giveaway: Win Gin & Jacqie Baby Bag!

Bersua kembali...hari Ahad adalah hari yang agak membosankan pada aku.Sesetengah orang merasakan hari Ahad adalah hari yang paling menyeronokkan.Apapun kita masih lagi tenang dan aman berada di bumi Malaysia yang bertuah ini.Aku plan nak keluar ke Border's sekejap untuk habiskan masa hujung minggu ni.Teringin melawat Berjaya Times Square.Lagipun,aku memang hantu majalah dan buku.

Nak pendekkan cerita.Aku sering melawati satu laman web yang memahami minat aku ini.Laman webnya ialah www.emenang.com.Kat sini banyak informasi tentang peraduan yang menarik dan mudah untuk disertai.Kat sini juga anda boleh berkenalan dengan dengan para peminat peraduan macam aku.Aku tertarik dengan satu peraduan ni iaitu :

@ BabyIbu Giveaway: Win Gin & Jacqie Baby Bag!

Peraduan ni agak menarik perhatian aku.Hadiahnya pun boleh tahan.Aku pasti ramai kaum wanita yang berminat untuk menyertainya.Kalau nak tau,try la check laman web emenang.com.Cuba la nasib korang-korang semua.Mana tau dapat beg yang gempak tu.Aku tumpang gembira je kalau korang menang.Tapi aku pun try masuk jugak.Mana tau rezeki aku pun ada kat situ.Aku hanya nak beg Emily & Emma baby bag - green yang harganya RM 189 tu je.Yang mahal-mahal aku tak minat sangat.Try tau....

Saturday, January 31, 2009

Testing...Testing...Testing...

Finally,
Aku ada jugak blog setelah sekian lama aku berangan ingin memilikinya.Thanks to my lovely BUCUK a.k.a ToTo yang tidak tidur sehingga jam 5.10 a.m kerana melayan karenah aku ini.Kek kukus dan nescafe 'O' panas jadi penemannya.Walaupun kek kukus aku itu tidak la berapa nak menjadi,nampaknya ia berjaya juga dihabiskan.Rasanya?Chef Wan pasti menangis sebab sudah ada chef yang setaraf dengan beliau.Huhuhuhu...

Siang tadi aku belajar membuat sambal belacan resepi rahsia aku sendiri.Kenapa aku kata rahsia?Sebab,sebelum ini aku belum pernah membuatnya.Tidak sangka pula aku kali ini kerana sambal belacan rahsia aku itu menjadi dan rasanya...hmmmmmm...sehebat sambal belacan Mak Cik Banyak.Jangan tanya macam mana aku buat sambal belacan tu tau.Sebab aku sudah lupa apa yang aku masukan tadi.Bukan kedekut rahsia.Tapi aku ada sedikit masalah " SHORT TERM MEMORY LOST ".Nanti kalau ingat rahsianya,aku post dalam blog aku yang tersangat la vouge dan anggun ini.Aku juga akan sentiasa 'update'kan resepi-resepi rahsia aku sendiri yang mana aku sendiri yang 'alter'kannya dengan citarasa aku sendiri.Bosankah????

Hmmmm...aku ni sebenar-benarnya amat sukakan peraduan yang ada di Malaysia samada online ataupun tak online.Semua aku balun.Jika menang satu bonus,tak menang,aku tak kisah.Sebab itu adalah hobi aku sejak dari dalam kandungan mak aku lagi...Ada orang kata susah nak menang.Betul ke?Itu hanyalah pada pemikiran orang yang malas nak mencuba.Aku seringkali ambil kesempatan jika ada orang yang berfikiran " Ala...malas la nak masuk.Bukan menang pun."Bagus sangat pemikiran sebegini pada aku.Aku akan grab.Contoh paling mudah.Aku pernah suruh kawan-kawan aku join hantar contest yang mudah-mudah kat dalam majalah.Tahu apa jawapan mereka?TAK NAK!!!.Kalau katakan "TAK NAK" pada merokok aku accept la juga.Ini pada benda yang mudah nak dapat.Last-last aku masuk.Bila menang,diaorang sibuk nak apa yang aku menang.Jawapan aku senang sahaja..."MASUK LA SENDIRI.INGAT AKU MENANG NIH TAK PAKAI IDEA KE?????"Padan muka mereka-mereka semua.

Alamak....idea dah nak kering.Nanti la kita kongsi lagi apa-apa informasi terkini dan menarik.Yang pasti,aku nak jadikan blog aku nih satu motivasi untuk semua orang.Sekian..