Wednesday, March 25, 2009

FACES 100th Issue Celebration...

Masa dalam Quatro Club kat Avenue K...Itu soft drink ok...Jangan fikir bukan2...


Kandungan goodies bag...hadiah daripada sponsor...


Dari kiri ke kanan....Azmi,Kerol dan aku...Bergaya dengan goodies bag masing-masing...


Aku dan Kerol....best friend forever...

Terasa berada di Grammy Award la pulak kan...Chewahhhhhhhh....

Beauty and The Beast...Yasmin Hani yang cantik...


Tengah tunggu kawan datang...sempat mencari ilham...


Melantak kat KFC di KLCC sebelum ke Quatro Club...

Ambil mood untuk bergambar...

Seronoknya dapat join team FACES mag sambut keluaran majalah mereka yang ke 100.Aku pula dapat VVIP pas....Bole join dengan selebriti tanahair lagi....Goodies bag dia pun not bad jugak la...Banyak produk sponsor...Ingatkan just dapat goodies bag dan minuman je...tapi dapat jugak makan finger food yang disediakan.Melihat telatah artis....hmmmmm...mereka juga manusia biasa macam kita....Acara yang disediakan agak membosankan.Tiada persembahan artis tetapi hanyalah sessi cabutan bertuah.Nyata aku dan kawan-kawan tidak bertuah sebab kami tiada nombor cabutan bertuah.Silapnya aku jugak...aku terlupa untuk mengambil nombor cabutan bertuah tersebut.Aku memang panik masa itu.Masakan tidak,ada sessi red carpet dan bergambar dengan press yang datang membuat liputan.Aku mana la pernah berjalan di red carpet ....Jika tidak,pasti rezeki milik kami...Hadiah yang disediakan sungguh lumayan.Tidak mengapalah.Anggap sahaja tiada rezeki dan aku perlu learn from the lesson.Kasihan kawan-kawan aku.Maafkan aku sebab menghampakan kamu semua.Insya Allah...jika ada rezeki kita join lagi.Aku akan pastikan anda semua tidak dihampakan.Goodies bag kan ada...Suka tak?????


P/S : Kredit to Mr Ambran Abu Bakar yang memang pakar dalam bab-bab fotografi....Thanks Am... You are the best photographer ever.... :)

Davidoff Cool Water For Woman

* Salah satu perfume yang aku dapat dalam bulan Mac ini...Baunya ??? Sungguh segar.Tapi untuk pompuan... :)

Tuesday, March 24, 2009

Cosmopolitan Edisi April 2009

* Salah satu majalah favorite yang bakal aku beli bulan April ini... :)

Tanggal 25hb Mac 2009...jam 7 malam nanti aku menerima satu jemputan VIP daripada Fly FM untuk turut serta meraikan 100th Anniversary majalah FACES yang bakal diadakan di Quatro Club.Aku tak suka clubbing2 ni...tapi kalau diundang sebagai socialite...aku memang suka.

Anyway,thank you so much to my proxy a.k.a my best buddy on earth ( Ambran Abu Bakar )...yang sentiasa menyokong apa sahaja yang aku buat.Thank you to all my Emenang friends....ms_sz,TBad,Dolly,Jing Jing,Chopperman,badiuz,Lily,buzzysue,Afie,ayuarjuna,eljeha,jaa dan ramai lagi.Jangan marah jika nama anda tidak tersenarai.Anda semua pencetus inspirasi untuk aku.Thanks !!!!!!


Monday, March 23, 2009

Menang Lagi vs Cuaca KL Sungguh Panas Pada 23 Mac 2009


Hiasan meja di pejabat teman serumah....dia addict dengan Gloria ( Madagascar )


Anak saudara aku yang comel dan sopan santun budaknya..... ( Maleq )


Anak saudara aku yang comel jugak....tapi nakal...
( Aiman Ada Aku Kesah )



Sebahagian majalah - majalah favorite yang wajib aku beli setiap bulan....murah je harganya...RM5.50 je...
( Tak kan tak mampu nak beli kot...????? )


Tadaaaaaaaa......hadiah dari majalah HELLO!.Set minyak wangi Davidoff...
( Pok Cik Dee akan Harum Sundal Malam la lepas ni...)


Seronok jika kita mendapat e-mel dan mengatakan yang kita adalah pemenang hadiah sekian-sekian....Yang tidak seronoknya apabila hadiah tersebut terpaksa kita ambil sendiri....Kos lagi tu...Kalau tak ada transport,kos LRT,teksi dan bas kita yang tanggung.Kepuasan menjelma apabila hadiah yang kita menangi itu sungguh berbaloi....Pada 23 Mac 2009,sempat jugak la aku pergi mengambil hadiah yang dimenangi di pejabat Hot Potato Publishing kat Damansara Heights.Pejabat diaorang agak terselindung dan sunyi.Sungguh berbeza dengan pejabat-pejabat yang lain di mana rata-ratanya terletak di kawasan yang mudah dikunjungi oleh klien-klien yang berurusan.Memandangkan aku tidak berapa arif dengan kawasan KL,aku ditemani oleh teman serumah.Kami menaiki bas dari Maluri dan turun di KL Central.Dari sana,kami naik teksi.Sungguh mahal ya tuan-tuan dan puan-puan tambang teksi di KL ini.Untuk pengetahuan semua juga,dari pejabat Hot Potato Publishing itu,tiada sebarang kenderaan awam yang membuat laluan di situ.Ini bermakna,kami terpaksa ke jalan besar lebih kurang 200 meter jaraknya dari pejabat tersebut.Dalam keadaan cuaca yang panas menyegat,terasa badan terhidrat sendiri.Aku pula tidak habis membelek hadiah yang dimenangi.Baunya harum.Tapi bukan untuk aku.Sebab ianya adalah perfume Davidoff For Woman.Dapat 4 item iaitu EDT Davidoff For Woman Summer Fizz (100 ml),EDT Davidoff Cool Water For Woman (100 ml),Davidoff Echo Woman Soothing Deodorant Breeze (100 ml) dan Davidoff Echo Woman Delicate Foaming Shower Gel (200 ml).Nilai keseluruhannya dikatakan RM 600++.Berbaloi kan...?

P/S : Ada lagi hadiah yang perlu dipungut...hamper Revlon bernilai Rm 220 daripada majalah Cosmopolitan,4 keping tiket wayang Watchmen daripada majalah Klue,barangan filem Dragonball dari Timeoutkl.com dan banyak lagi....


Saturday, March 21, 2009

Apabila PERADUAN dijadikan sebagai HOBI....

Mencari idea untukmembuat slogan terbaik..


Membaca sebelum menjawab soalan....( Macam amik exam lak )

Khusyuk membelek ruangan peraduan.... :)

* Ada orang mengatakan bahawa masuk atau menghantar peraduan adalah membazir.Tidak bagi aku.Aku telah menjadikannya hobi sejak dari bangku sekolah lagi.Aku paling suka hantarkan hasil tulisan kepada ruangan Surat Pembaca atau Letter To Editor.Jika terpilih sebagai surat pilihan,ganjaran menanti.Bila kemenangan tiba,rasa teruja mula melanda.Seronok sekiranya memenangi sesuatu samada barangan,wang tunai mahupun baucer.Aku pernah memenangi wang tunai RM 25k,penginapan di The Westin Hotel 3 hari 2 malam termasuk buffet brunch,barangan limited edition dan jam tangan serta telefon bimbit jenama terkenal.Siapa nak kasi kat kita buta-buta macam tu kan?Nak beli memang tak mampu dan tak terfikir langsung.Fikir-fikirkan la.........

Thursday, March 19, 2009

Koleksi Hadiah - Hadiah Kemenangan....

Koleksi minyak wangi hasil kemenangan... :)


Hadiah daripada RAM Entertainment. - Eye Massager dan Manicure Set.

Koleksi topi-topi kemenangan... I like it....

Hadiah daripada Time.Net.My.....Peraduan Four Christmases...

Hadiah daripada Astro - Peraduan Disney On Ice....Jangan marah...dapat 2 lagi....


Isi kandungan goodies bag daripada Peraduan Disney On Ice....