Monday, March 23, 2009

Menang Lagi vs Cuaca KL Sungguh Panas Pada 23 Mac 2009


Hiasan meja di pejabat teman serumah....dia addict dengan Gloria ( Madagascar )


Anak saudara aku yang comel dan sopan santun budaknya..... ( Maleq )


Anak saudara aku yang comel jugak....tapi nakal...
( Aiman Ada Aku Kesah )



Sebahagian majalah - majalah favorite yang wajib aku beli setiap bulan....murah je harganya...RM5.50 je...
( Tak kan tak mampu nak beli kot...????? )


Tadaaaaaaaa......hadiah dari majalah HELLO!.Set minyak wangi Davidoff...
( Pok Cik Dee akan Harum Sundal Malam la lepas ni...)


Seronok jika kita mendapat e-mel dan mengatakan yang kita adalah pemenang hadiah sekian-sekian....Yang tidak seronoknya apabila hadiah tersebut terpaksa kita ambil sendiri....Kos lagi tu...Kalau tak ada transport,kos LRT,teksi dan bas kita yang tanggung.Kepuasan menjelma apabila hadiah yang kita menangi itu sungguh berbaloi....Pada 23 Mac 2009,sempat jugak la aku pergi mengambil hadiah yang dimenangi di pejabat Hot Potato Publishing kat Damansara Heights.Pejabat diaorang agak terselindung dan sunyi.Sungguh berbeza dengan pejabat-pejabat yang lain di mana rata-ratanya terletak di kawasan yang mudah dikunjungi oleh klien-klien yang berurusan.Memandangkan aku tidak berapa arif dengan kawasan KL,aku ditemani oleh teman serumah.Kami menaiki bas dari Maluri dan turun di KL Central.Dari sana,kami naik teksi.Sungguh mahal ya tuan-tuan dan puan-puan tambang teksi di KL ini.Untuk pengetahuan semua juga,dari pejabat Hot Potato Publishing itu,tiada sebarang kenderaan awam yang membuat laluan di situ.Ini bermakna,kami terpaksa ke jalan besar lebih kurang 200 meter jaraknya dari pejabat tersebut.Dalam keadaan cuaca yang panas menyegat,terasa badan terhidrat sendiri.Aku pula tidak habis membelek hadiah yang dimenangi.Baunya harum.Tapi bukan untuk aku.Sebab ianya adalah perfume Davidoff For Woman.Dapat 4 item iaitu EDT Davidoff For Woman Summer Fizz (100 ml),EDT Davidoff Cool Water For Woman (100 ml),Davidoff Echo Woman Soothing Deodorant Breeze (100 ml) dan Davidoff Echo Woman Delicate Foaming Shower Gel (200 ml).Nilai keseluruhannya dikatakan RM 600++.Berbaloi kan...?

P/S : Ada lagi hadiah yang perlu dipungut...hamper Revlon bernilai Rm 220 daripada majalah Cosmopolitan,4 keping tiket wayang Watchmen daripada majalah Klue,barangan filem Dragonball dari Timeoutkl.com dan banyak lagi....


No comments:

Post a Comment